Akaun jiwa.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.

Hai, Mahu Terima Surat Cinta dari JIWA?

Hai, Mahu Terima Surat Cinta dari JIWA?


Surat Cinta dari JIWA 

Semuanya Tentang Kita


Projek Surat Cinta dari JIWA dimulakan sebagai usaha kecil JIWA untuk memberikan kekuatan dan inspirasi kepada sesiapa sahaja, terutama pembaca tegar buku-buku JIWA.


Surat Cinta ini dikarang oleh pasukan JIWA dan penulis-penulis JIWA, ada daripadanya ditulis juga oleh pembaca JIWA. Tujuannya cuma satu, menguatkan dan menemani pembaca menempuh hidup yang penuh duga. 


Selaras dengan kewujudan JIWA, sebagai sebuah penerbit yang mahu membangun jiwa-jiwa, JIWA sedar kita semua dihempap dengan pelbagai masalah – dan tentu sekali masalah yang paling membebankan ialah masalah emosi (mental) kita semua.


Atas dasar itulah, JIWA tampil sebagai suatu sistem sokongan dalam bentuk menyediakan bahan bacaan dan konten-konten yang kalaupun tidak menghilangkan apalagi menyelesaikan masalah yang dihadapi, setidaknya menyembuh dan merawat secara perlahan.


Mesej JIWA cuma satu – swacinta. Ya, JIWA mahu mengajak semua kita mencintai diri, menghargai diri, memberi perhatian dan kepedulian yang penuh kepada diri sendiri terutama dari sudut fizikal dan mental.


Surat Cinta dari JIWA akan mengisi kantung emel anda secara berkala sekiranya anda mengisi borang penerima ini. Insya-Allah.